Wednesday, May 16, 2012

Kali Ni KAMBING lagi Mau Bikin Demo

Admin agak tertarik dengan tindakan yang bakal dilaksanakan oleh team bebas yang mengelarkan diri mereka ni.. Kumpulan Anak Muda Benci Ambiga (KAMBING)..kelakar tapi sinis.. yelah sepatutnya ambiga tak boleh marah lah kalau betul dorg nak laksanakan sebab dia boleh mengarahkan demo besar2an 3.0 yang kununnya utk BERSIH .. so apa salahnya mereka ni buat kecil2an depan rumah dia.. haha... admin malas nk cerita panjang.. meh admin nak share...

KENYATAAN KUMPULAN ANAK MUDA BENCI AMBIGA (KAMBING)

Satu pergerakan baru selain IKHLAS, iaitu mereka yang menamakan kumpulan mereka  Kumpulan Anak Muda Benci Ambiga (KAMBING) akan berkhemah selama dua minggu di depan rumah mewah Ambiga Sari bagi menyokong tuntutan para peniaga supaya Ambiga membayar balik ganti rugi kepada peniaga-peniaga kecil ketika pemberontakan 28 April yang gagal lalu.

Sekretariat KAMBING mempelawa anak muda yang tidak hendak menjadi kambing hitam Ambiga supaya datang beramai-ramai di hadapan rumah Ambiga dengan membawa khemah masing-masing. Kumpulan muslimah tidak dibenarkan kecuali ditemani ibubapa atau ahli keluarga masing-masing bagi menjaga sebarang gejala maksiat sebagaimana perkhemahan Adam Ambiga di Dataran Merdeka yang baru lalu. Kanak-kanak bawah umur dilarang.

Sekretariat KAMBING juga memohon jasa baik orang ramai untuk menyewakan sebuah khemah yang agak sederhana untuk tujuan Surau sementara di kawasan yang berdekatan. Sekretariat KAMBING menolak sebarang sumbangan daripada parti BN atau PR kerana tidak mahu dituduh sebagai proksi mana-mana parti. Kami kumpulan bebas kata salah seorang sekretariat KAMBING.

Kami akan memohon segera permit dengan Majlis Perbandaran dan pihak polis. Ini adalah satu kebebasan yang sama juga dengan kebebasan yang dituntut oleh Ambiga dan kumpulannya. Kita tidak akan memasuki satu inci pun kawasan rumah Ambiga, kami akan berada di atas tanah awam dan jalan awam yang kami juga sama-sama membayar cukainya. Ambiga tidak berhalang merasa rimas dan tak boleh tidur kerana kami juga mahukan kebebasan sebagaimana kehendak Ambiga.

Tiada pendaftaran tiada TShirt tiada wang kopi. Jika kamu anak muda yang Bebas dan Mahukan Kebebasan, sertai kami Berkhemah Di Depan Rumah Ambiga minggu hadapan.

Jumpa kami di sana, berita lanjut akan dihantar ke emel blog-blog pilihan yang lain.

Sekretariat Kambing,
Jalan TAR, KL.

Sumber info : mymassa 

No comments:

Post a Comment