Pergh... banyak sawang kat blog aku ni.. bukan takder benda nk cerita tetapi kang korang juga yg buhsan bca sal life aku yg tak seberapa ni.. ok...baru brp jam aku ada baca 1 majalah..solusi namanya .. majalah berilmiah aku rasa..penuh dengan info.. guys aku tak promote tau.. ttp memang betul majalah yang penuh dengan info bila ku belek2 ia adalah pengeluaran majalah untuk 2009 pergh 5 tahun kebelakang tetapi isu nya masih releven utk masa sekarang. ok dlm banyak2 post tu aku tertarik 1 isu ..."iktibar dari tabiat anjing' . aku share sikit info yg aku bca tu...
'Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok dunia, para rasul, para nabi dan para alim ulama senantiasa mendapat penentangan dari golongan aritokrat dan penguasa. Penentangan ini adalah sunah semulajadi yang telah telah terjadi dan akan terus berlaku.
Malangnya disebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan pengelibatan golongan ketiga yang dijadikan 'kambing hitam' oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera ALLAH.
Kisah Bala'm bin Baau'ra, seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s. Sejarah juga berulang pada zaman nabi muhammad s.a.w apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tahu tentang kenabian Muhammad s.a.w tetapi mati di dalam kekufuran. Begitu juga dengan Abu 'Aamir bin al-Nu'maan bin Sofi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasiq kerana mengingkari kerasulan Baginda walaupun dia seorang rahib yang mengetahui kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi gunting dalam lipatan apabila bekerjasama dengan musuh-musuh islam untuk menghancurkan mukmin.
Oleh itu, dalam ayat di atas,ALLAH s.w.t memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka.
Ini adalah golongan 'duri dalam daging' yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan Islam, kerana mereka bukan Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya mereka adalah golongan yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat.
Mereka adalah bijaksana islam yang menguasai pelbagai bidang pengajian islam. Tapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan,pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh islam untuk menentang islam mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya...... "
Napa aku nk share pasal isu ni... sebab ini lah yg berlaku kat negara ku yg terchinta MALAYSIA.. semakin ramai musuh yg jenis ORANG KETIGA sebenarnya adalah dtg dr ORG KITA sendiri... aku saja highlight dengan kaler merah sbb korang tgk lah ini lh berlaku sekarang terutama dlm politik.. lebih ramai yg menjual ilmu mereka daripada bersikap telus.. sedihkan.. sejarah sudah membuktikan sebuah negara boleh hancur gara2 org sebgini.. Aku tak menunding sesapa2 cuma korg tgk lah sendiri.. ada mata baca.. ada telinga dengar.. adios...
No comments:
Post a Comment