Showing posts with label anjing kurap. Show all posts
Showing posts with label anjing kurap. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Telus Kah Mereka?

Sekarang ni admin baik kat blog...kat fb , isu Bersih 3.0 masih hangat.. ada yg menyokong ada yg membantah.. Admin memang tak SOKONG demo yg mcm ni... dan dalam banyak post yang dikeluarkan,, admin tertarik dengan 1 artikel yang di post di FB, admin tatau sapa penulis nyer tp bagi admin tu lah hakikatnya.. orang suka menunding 1 jari kepada seseorang...tapi dia lupa dia ada 4 jari yang menunding ke diri sendiri,,, 

Tengok lah poster ... DUDUK BANTAH... tgk dlm gambar xmacam duduk pn..mcm sama jer BERSIH 2.0..






Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....


Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat y
ang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?

Wednesday, April 11, 2012

Sudah Ramai Golong ketiga Dalam Negara Kita...

Pergh... banyak sawang kat blog aku ni.. bukan takder benda nk cerita tetapi kang korang juga yg buhsan bca sal life aku yg tak seberapa ni.. ok...baru brp jam aku ada baca 1 majalah..solusi  namanya .. majalah berilmiah aku rasa..penuh dengan info.. guys aku tak promote tau.. ttp memang betul majalah yang penuh dengan info bila ku belek2 ia adalah pengeluaran majalah untuk 2009 pergh 5 tahun kebelakang tetapi isu nya masih releven utk masa sekarang. ok dlm banyak2 post tu aku tertarik 1 isu ..."iktibar dari tabiat anjing' . aku share sikit info yg aku bca tu...

'Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok dunia, para rasul, para nabi dan para alim ulama senantiasa mendapat penentangan dari golongan aritokrat dan penguasa. Penentangan ini adalah sunah semulajadi yang telah telah terjadi dan akan terus berlaku.
Malangnya disebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan pengelibatan golongan ketiga yang dijadikan 'kambing hitam' oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera ALLAH.
Kisah Bala'm bin Baau'ra, seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s. Sejarah juga berulang pada zaman nabi muhammad s.a.w apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tahu tentang kenabian Muhammad s.a.w tetapi mati di dalam kekufuran. Begitu juga dengan Abu 'Aamir bin al-Nu'maan bin Sofi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasiq kerana mengingkari kerasulan Baginda walaupun dia seorang rahib yang mengetahui kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi gunting dalam lipatan apabila bekerjasama dengan musuh-musuh islam untuk menghancurkan mukmin.
Oleh itu, dalam ayat di atas,ALLAH s.w.t memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan  musuh  untuk menjatuhkan mereka.
Ini adalah golongan 'duri dalam daging' yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan Islam, kerana mereka bukan Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya mereka adalah golongan yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat.
 Mereka adalah bijaksana islam yang menguasai pelbagai bidang pengajian islam. Tapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan,pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh islam untuk menentang islam mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya...... "
 Napa aku nk share pasal isu ni... sebab ini lah yg berlaku kat negara ku yg terchinta MALAYSIA.. semakin ramai musuh yg jenis ORANG KETIGA  sebenarnya adalah dtg dr ORG KITA sendiri... aku saja highlight dengan kaler merah sbb korang tgk lah ini  lh berlaku sekarang terutama dlm politik.. lebih ramai yg menjual ilmu mereka daripada bersikap telus.. sedihkan.. sejarah sudah membuktikan sebuah negara boleh hancur gara2 org sebgini..  Aku tak menunding sesapa2 cuma korg tgk lah sendiri.. ada mata baca.. ada telinga dengar.. adios...