Wednesday, May 16, 2012

Kali Ni KAMBING lagi Mau Bikin Demo

Admin agak tertarik dengan tindakan yang bakal dilaksanakan oleh team bebas yang mengelarkan diri mereka ni.. Kumpulan Anak Muda Benci Ambiga (KAMBING)..kelakar tapi sinis.. yelah sepatutnya ambiga tak boleh marah lah kalau betul dorg nak laksanakan sebab dia boleh mengarahkan demo besar2an 3.0 yang kununnya utk BERSIH .. so apa salahnya mereka ni buat kecil2an depan rumah dia.. haha... admin malas nk cerita panjang.. meh admin nak share...

KENYATAAN KUMPULAN ANAK MUDA BENCI AMBIGA (KAMBING)

Satu pergerakan baru selain IKHLAS, iaitu mereka yang menamakan kumpulan mereka  Kumpulan Anak Muda Benci Ambiga (KAMBING) akan berkhemah selama dua minggu di depan rumah mewah Ambiga Sari bagi menyokong tuntutan para peniaga supaya Ambiga membayar balik ganti rugi kepada peniaga-peniaga kecil ketika pemberontakan 28 April yang gagal lalu.

Sekretariat KAMBING mempelawa anak muda yang tidak hendak menjadi kambing hitam Ambiga supaya datang beramai-ramai di hadapan rumah Ambiga dengan membawa khemah masing-masing. Kumpulan muslimah tidak dibenarkan kecuali ditemani ibubapa atau ahli keluarga masing-masing bagi menjaga sebarang gejala maksiat sebagaimana perkhemahan Adam Ambiga di Dataran Merdeka yang baru lalu. Kanak-kanak bawah umur dilarang.

Sekretariat KAMBING juga memohon jasa baik orang ramai untuk menyewakan sebuah khemah yang agak sederhana untuk tujuan Surau sementara di kawasan yang berdekatan. Sekretariat KAMBING menolak sebarang sumbangan daripada parti BN atau PR kerana tidak mahu dituduh sebagai proksi mana-mana parti. Kami kumpulan bebas kata salah seorang sekretariat KAMBING.

Kami akan memohon segera permit dengan Majlis Perbandaran dan pihak polis. Ini adalah satu kebebasan yang sama juga dengan kebebasan yang dituntut oleh Ambiga dan kumpulannya. Kita tidak akan memasuki satu inci pun kawasan rumah Ambiga, kami akan berada di atas tanah awam dan jalan awam yang kami juga sama-sama membayar cukainya. Ambiga tidak berhalang merasa rimas dan tak boleh tidur kerana kami juga mahukan kebebasan sebagaimana kehendak Ambiga.

Tiada pendaftaran tiada TShirt tiada wang kopi. Jika kamu anak muda yang Bebas dan Mahukan Kebebasan, sertai kami Berkhemah Di Depan Rumah Ambiga minggu hadapan.

Jumpa kami di sana, berita lanjut akan dihantar ke emel blog-blog pilihan yang lain.

Sekretariat Kambing,
Jalan TAR, KL.

Sumber info : mymassa 

Tuesday, May 1, 2012

Telus Kah Mereka?

Sekarang ni admin baik kat blog...kat fb , isu Bersih 3.0 masih hangat.. ada yg menyokong ada yg membantah.. Admin memang tak SOKONG demo yg mcm ni... dan dalam banyak post yang dikeluarkan,, admin tertarik dengan 1 artikel yang di post di FB, admin tatau sapa penulis nyer tp bagi admin tu lah hakikatnya.. orang suka menunding 1 jari kepada seseorang...tapi dia lupa dia ada 4 jari yang menunding ke diri sendiri,,, 

Tengok lah poster ... DUDUK BANTAH... tgk dlm gambar xmacam duduk pn..mcm sama jer BERSIH 2.0..






Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....


Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat y
ang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?

Friday, April 27, 2012

Suasan BERSIH 3.0

Sedihnya admin melihat anak bangsa mudah sangat diperbodohkan..xphm lah dh dberikan ruangan yg cukup besar di bukit jalil xnak...nak juga dataran merdeka.. aduh bukan kah tindakan mereka ni menyusahkan org yang tak berdosa... sbb nyer petang 27 hb jalan2 disekitarnya sudh di tutup..


Perhimpunan kali ni bermula awal... seawal 12am sudah ramai yg memenuhi ruangan bandar kl..
Ni lah yg dorang perjuangkan.. alahai... pemimpin yg dorang puja tu bersih ker.. dorang ni mcm tatau hakikat erk.. pemimpin yg dorg puja tu pun bukannya malaikat.. ada juga hati hitamnya sekarang lah bole kata bersih klu dh jadik pemimpin ... mungkin lagi teruk...

Ni Plak Lokasi pegerakan mereka... 


Lagi Gambar Sekitar Bersih 3.0 ;











Rakaman Video Lak ;

Seawal 2 pagi

pukul 3 pagi

Suasana pukul 4 pagi

Pukul 5 pagi

Pukul 6 pagi

Admin share jer dulu ....ada kesempatan admin akan kupas isu ni... 

Sumber gambar : Sukacuka.com
Sumber Video : Youtube (PDRM)

Sunday, April 15, 2012

Ini adalah dikatakan KARMA..

aku dpt quotes ni dr blog jejariruncing... sapa lah tak kenal erk EX apek dulu... Kat blog aku 1 lagi aku ada cerita pasal Apek dh single...leh baca kat SINI. Bila aku baca quote yg dicipta sendiri oleh elia ni.. aku rasa bila dia baca pasal apek ni mesti dia tgh gelak besar sal mmg kena kat batang hidung lah terutama c dahlia tu.... Pandangan aku,... mesti ngn org lain lak.. betul kata orang tue2... org ni ...klu dh pernah wat sekali tak mustahil dia tak kan mengulangi perkara yang sama..Cuma pelik..mesti orang salahkan ppuan waktu ngn elia...ramai tunding jari kat elia yg dia terlalu nk tunjuk apek tu kepunyaan dia.. dh bila putus ngan dahlia.. org tunding gak ngn dahlia ... pelik kan.. walhal suma ni tak kan berlaku kalau takder persetujuan kedua2 pihak..kesian org ppuan ni...

Aku sempat gak baca komen2 yg di post d beautifulnara.com dan aku tertarik dengan 1 komen ni.. tp tatau lah erk betul ker tak... just nk share..

Alah bodoh… kau tak payah menipu la pek… berangan single… BERANGAN… kau tau BERANGAN tu ape? berangan tu org mcm kaulah… ntah pape la single…kalau aku jadi leuniey mesti aku dah terasa hati sbb kau tak ngaku yg kau kapel ngan die… hahahaha bodoh la leuniey, duk sekampung ngan aku….semua org tau kau duk berkepit ngan die kat kampung tuh… dah la xde telor putus ngan dalia mcm tu jer… sampai dalia balik cari kau kat kelantan, kau nyorok kan? kau memang xleh tngok org lawa… asyik berfoya ngan perempuan…sudah sudah la apek… perasan ngaku sinlge sbb takut pisang berbuah 3x kan? aku dulu memang minat giler tengok bola sbb ada kau… tp lepas kes kau tinggalkan dalia, memang out la kau apek…. dalia tu rela kena caci, kena maki sbb kau….akhirnya mcm tu jer kau buat kat die….gara2 leuniey jer….aduhh laa…. tp masa kau bertunang ngn elia pun kau selalu bawak balik perempuan kat rumah kan? so, tak heran sngat laa… peminat2 perempuan tu hati2 laa… minat la lg ngan org jantan perangai mcm ni….yang mana berangan nak wat laki tu, elok la tu…. ok, sekian mentranslatekan…

Wednesday, April 11, 2012

Sudah Ramai Golong ketiga Dalam Negara Kita...

Pergh... banyak sawang kat blog aku ni.. bukan takder benda nk cerita tetapi kang korang juga yg buhsan bca sal life aku yg tak seberapa ni.. ok...baru brp jam aku ada baca 1 majalah..solusi  namanya .. majalah berilmiah aku rasa..penuh dengan info.. guys aku tak promote tau.. ttp memang betul majalah yang penuh dengan info bila ku belek2 ia adalah pengeluaran majalah untuk 2009 pergh 5 tahun kebelakang tetapi isu nya masih releven utk masa sekarang. ok dlm banyak2 post tu aku tertarik 1 isu ..."iktibar dari tabiat anjing' . aku share sikit info yg aku bca tu...

'Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok dunia, para rasul, para nabi dan para alim ulama senantiasa mendapat penentangan dari golongan aritokrat dan penguasa. Penentangan ini adalah sunah semulajadi yang telah telah terjadi dan akan terus berlaku.
Malangnya disebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan pengelibatan golongan ketiga yang dijadikan 'kambing hitam' oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera ALLAH.
Kisah Bala'm bin Baau'ra, seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s. Sejarah juga berulang pada zaman nabi muhammad s.a.w apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tahu tentang kenabian Muhammad s.a.w tetapi mati di dalam kekufuran. Begitu juga dengan Abu 'Aamir bin al-Nu'maan bin Sofi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasiq kerana mengingkari kerasulan Baginda walaupun dia seorang rahib yang mengetahui kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi gunting dalam lipatan apabila bekerjasama dengan musuh-musuh islam untuk menghancurkan mukmin.
Oleh itu, dalam ayat di atas,ALLAH s.w.t memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan  musuh  untuk menjatuhkan mereka.
Ini adalah golongan 'duri dalam daging' yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan Islam, kerana mereka bukan Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya mereka adalah golongan yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat.
 Mereka adalah bijaksana islam yang menguasai pelbagai bidang pengajian islam. Tapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan,pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh islam untuk menentang islam mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya...... "
 Napa aku nk share pasal isu ni... sebab ini lah yg berlaku kat negara ku yg terchinta MALAYSIA.. semakin ramai musuh yg jenis ORANG KETIGA  sebenarnya adalah dtg dr ORG KITA sendiri... aku saja highlight dengan kaler merah sbb korang tgk lah ini  lh berlaku sekarang terutama dlm politik.. lebih ramai yg menjual ilmu mereka daripada bersikap telus.. sedihkan.. sejarah sudah membuktikan sebuah negara boleh hancur gara2 org sebgini..  Aku tak menunding sesapa2 cuma korg tgk lah sendiri.. ada mata baca.. ada telinga dengar.. adios...



Monday, February 6, 2012

Jom Bagi Gempak

pergh.... sungguh lama den tak mengupdate blog sendiri... ni tgh guling2..boleh lah update sikit2.. btw aku skrg tgh bz ngn new blog.. tp blog ni lebih kepada aku berkongsi cerita  sbb tu nama nya Gempak Gempita Group  .. Niat asal penubuhan group hanyalah utk kwn2 ku d FB, utk berkongsi cerita2 panas d agensi.. err lbih kepada sesi menganyam ketupat dan berkongsi apa saja cerita.. dan kalmarin.. aku terpikir napa lah aku tak kembangkan lagik ke blog... errr... mula2 mcm mls almaklumla blog yg ada ni pn berzaman bru berUpdate tp bila ku pikir2... mgkin blog mcm ni cpt sikit aku nk update...almaklumlah klu blog sdiri ni..aku ni bkn lah jauh sgt perjalanan nk cerita mcm2.. ok lah kwn2... jenguk2 lah ke blog aku yg baru tu...

Sunday, July 31, 2011

CiNta Bola...Bola CinTa???


Salam Ramadhan...

Semoga ramadhan kali ni...kita dpt melalui nya dgn penuh kesabaran (chewah ayat tak leh blah haha).
Ok lah...aku sbnrnya berada di tahap dewa utk mengupdate blog sdiri..tp jejari ku ni mcm terpanggil utk bercerita pasal kes Apek ngn elia (korg baca lah sdiri).

Bkn lah utk menunding sesapa.. (yelah bkn juga ku kenal dorg ni..dorg pn bkn kenal sma aku ni) Cuma ni pandangan org luar yg Cuma mengetahui kisah dorg ni melalui paper..n blog..  dan terus terang aku tidak mengenali sapa apek sblm ni.. (T.T jgn salahkn aku tak kenal dia wlupn encem sbb nyer ..aku dh jrg mengikuti perkembangan bola tambahan lagik ttg bola tempatan ni) tetapi dek keghairahan kwn2...sdra mara aku psl match antra Singapore ngn harimau Malaya ni..aku pn turut teruja menengok.. dn ketangkasan+keenceman penjaga gol ni  membuat aku mula mengoogle.. erk sudh bertunang rupanya.. dn tunang nyer sorg bloger.. aku pn mula lah membaca tulisan tunang nyer..aku suka gaya bahasa yg digunakan..nmpk sweet sgt hubungan dorg nil ah...
Tetapi...bru jer aku membca kisah sweet dorg bercouple ni sekali dh putus plak.. adei.. konon ada org ke3...tp di nafikan lak olh mamat tu..konon nak menjaga ati keluarga tersyg maka hubungan dorg perlu dputuskan.. senangkn.. aku rasa yg mamat ni tak terasa sakit sgt lah.. yelah ..1 hilang 10mari..sapa lah tak nak bercouple ngn org tgh hot yer tak.. yg ppuan aku rasa mmg terluka sgt2 erk sbb dr tulisan nyer nmpk sgt bdk yg bernama elia ni syg sgt ngn apek ni.. (cinta dow...bau kentut pn bau wangi). Kes dorg ni wat aku teringat lak kisah mawi yg telah meninggalkn tunang nyer bila dia tgh glemer.. 

Pandangan aku... bersykurlah korg putus sblm kwen.. lihat lah dr sudut yg positif..mgkin pasangan skrg bkn jodoh yg sesuai tuk kita.. bak kata org...semua ni d tangan tuhan..andai pjg jodoh ada lah kesinambungannya semula..sekian terima kasih..



Friday, July 8, 2011

sungguh tidak BERSIH

hari ni last day persidangan ict..wlupn  ada lucky draw ipad2..tp aku risau susah nk dpt teksi so aku pn join kak lia ngn huby dia balik sma..

dlm perjalanan menuju ke htl aku...dataran merdeka dh block ...FRU d sna sini... aku seram..

mlm ni aku keluar kejap hajat d hati nk carikn something tuk my mom..1st aku p semua house.. jam bru kul 8 tp ampir smua dh tutup kedai..smbil aku jln2 tu terdgr gak...pekerja2 tu mengeluh nk balik cpt risau takder pengangkutan awam..

aku pn bejln lagik menuju ke kedai sblh.. (lupa lak nama apo..tp mcm ala2 mydin) aku pn masuk.. pd mula nya nk berlama..tp aku terdgr lah pekerja2 ppuan nyer asyik mengeluh nk balik..sal takut ada apa2 mlm ni.. dorg dh merayu kat supervisor  dorg tuk balik awal.. tp kedai beso mcm ni mana lah nk tutup awal.. tp aku jadik risau lak..so lps bli mknn aku pn balik ke htl..tak per lh..aku try kuar sok..klu aku tgk mcm ok aku shoping lah..

Wahai yg nk jadik HERO BERSIH ni.. tgk lah gara2 korg suma org jadik xtenang.. bengang den..nak shoping pn takut..nak p iCity pn susah kena sekat sana sini.. aku tak salahkn FRU ker...POLIS ker..sal dorg wat kerja dorg..tp aku bengang ngn BERSIH ni.. bengang ngn org yg menjadi dajal BERSIH ni...

Thursday, July 7, 2011

BERSIH yg TAK bersih

Septutnya entry ku kali ni psl 2nd d kl tp sbb kegeraman ku psl BERSIH ni aku hold dulu cerita ku, aku nk meluahkan perasaan mare dan geram ku pd perhimounan awam ni..

Klu aku skrg berada d pulau kesygan ku mybe aku tidak lah smerah ni..paling kurang membebel geram jak..tp memandangkn tempat htl ku menginap adalah terlist di dlm senarai perhimpuman haram.. Maka kegeraman dan mare ku meningkat sbb ia MENYUSAHKAN org awam yg tak terlibat... Bayangkan bermula pukul 12 am mlm ni tiada kenderaan dibenarkan memasuki bandaraya..

Pikirlah org yg sungguh "bijak" mengadakan perhimpunan yg sungguh tidak bermakna tp lebih menyusahkan;

1. Adalah menyusahkn bg org yg akn nk ke kl sentral terutama yg hdk ke klia or lcct dgn sekatan sbgini bkn kah cab2 susah nk di dapati. (hrp2 lah sekatan ni tidak smpi ke ahad).

2. Adalah menyusahkn bg rakyat awam yg kena bekerja pd hri sabtu, mmgy betul d sini byk pengangkutan awam tp pk lah tidak semua opis or tempat d hubungkn dgn pengangkutan awam kan..kan..klu ada pun kdg2 ia perlu berjalan jaun sikit..kan susah tu..

3. Adalah merugikan sbb nyer hujung minggu lah org ramai akn berpusu2 membawa keluar famly tuk membli brg2 keperluan tp disebabkn sekatan ini bkn kah dh ia telah merugikan byk pihak..

Dan byk lagik lah.. 

Aku tak phm..tujuan asal perhimpunan ni adalah utk menyampaikan memorendum ke agung ttp bkn kah ia mereka telah bertemu dgn agung kenapa lagik perlu meneruskn perhimounan yg menyusahkan semua org ni.. Haiz... Sungguh jelas lah tujuan sbnr mereka bkn lah psl memorendum..bkn lah psl pilihanraya tp lebih kpd memporak perandakn negara sdiri... 

Wednesday, July 6, 2011

1st day

Day 1 -6 Julai 2011
Ketibaan ktaorg d klia dismbut dgn panas yg berawan...ktaorg ni mcm org 1st time plak smpi d klia airport walhal dh selalu d klia..bole2 mau p beli tikes bas ktaorg p tempat lain ekekek silap tempat daaa..

Ok dh beli tiket yg behrga rm10, ktaorg pn naik lah bas..pilih dok depan2.. Nak tau tak penumpang yg paling ramai adalah mat bangla.. Adei..aku merasa diri ku d bangladesh..kahkah.. Dah lah di penumpang di belakang tu kejap2 tipon bedering... Bla..bla..bla..yg ku phm bangladesh...bla..bla... Ayoo..yg dok dpn ktaorg adalah remaja bangla muka agak encem dn masih naif.. Tak lama lps tu..penumpang yg dibelaknag ktaorg dh mula berckp melyu (tp sumpah dia ckp melayu pn ku rasa dia mcm ckp bangla,,satu pn tak paham)...tp kak lia cko dia ber'sayang',,cait...mangsa...mangsa.. Ai cinta tu mmg buta erk..yelah mat bangla yg tak encem mana (klu ala2 mcm shah rukh khan tu aku leh terima gak klu ppuan melyu ni tergila2 kat dorg)..ni mamat ni biasa jer dah berckp pn pelat lagik aduh... 

Smpi kl sentral ktorg amik cab, smpi hotel baring2 jap kul 1pm++ bru ktaorg gerak lunch..lps mkn kat sogo enrgy dh cukup tuk jln2.. Sale..sale.. Beb..tp aku rasa tidak lah murah mana..aku baru membelikan suar tuk 2 org my luvly son..  

Aku geram..baju2 yg aku nk suma xder saiz adei..

Lps pnt berwindow shoping..aku ngn kak lia pn begerak p pavilion, niat d hati nk tgk transformers 3D, smpi kat pavillion dh kul 5 pm.. Mak ai dh seminggu kan transformers ni main kat panggung tp yg tgk still ramai woo..seat yg free utk waktu ktaorg nk tu pn kul 6pm.. "seat belakang cuma ada pukul 9pm cik..kul 5.45pm ng. 6.15pm ada seat dpn jer" mak ai..ku sngka kan tgk lewat leh dpt seat cantek sikit.. 

Aku bg 4.5 star..pergh...mmg bst di tmbh lagik 3D..mmg terasa sgt efek nyer.. Pukul 9pm bru lah movie tu siap...

Oleh krn kami berdua mngalami kecederaan kaki (kakakh..luan bejalan+kehujanan mmg mangkal lah..) kmi pilih tuk naik cab..malangnya..suma teksi yg kami tanya..suma tak nk ke majis india sbb jem..alahai..akhirnya ktairg tpksa lah menapak tuk naik monorel..huhu.. 

Smpi monorel d medan tuanku dlm pukul 10pm+++, masa turun tangga tu aku mmg perasaan 3 pmuda arab (ah nnti lah ku citer sal org arab d sini) wlupn aku ni bkn lah paham bhs arab, tp dr gaya mamat sorg tu yg asyik memegang kolar baju lelaki tu aku rasa perbualan mereka tu bkn perbualan yg biasa..agaknya bila melhat ada 2-3org trun melalui dorg, lelaki yg memegang kolar tu telah menarik lelaki tu berjalan..ntah mcm mana..tetiba mereka bergelut dn lelaki yg di pegang kolar tu dpt lari..dan ia cuba utk melintas jln dn hampir2 dilanggar olh kereta..adui btul2 d dpn mata..wlupn oenat tp sbb apa yg berlaku dpn mata terus buat ktaorg bergera pantas.

Alhamdulilah..ktaorg selamat smpi ke htl..

Nite..

Monday, July 4, 2011

Bagi Insan Yg Tak Reti BerSyukur...


Smlm..blog walking Cuma skejap..agak mengantuk dgn hujan yg mencurah membuatkn mata ku lebih senang nk tutup.. dlm jln2 tu ada gak terbca beberapa blogger yg membangkitkn isu 13 Mei 1969..

Dulo..dulo...masa ku skolah rendah...kan ada sesi perkenalan diri (aku smpi ke tua ni mmg menyampah sesi mcm ni...tau nama sudh lah..) maka cikgu tu dgn tersenyum2 tnya..nama dan tarikh lahir.. dn bila aku bgtau aku lahir 13 mei..(lum sempat ku bgtahu thn dh kena pintas) ‘wow 13 mei..’  dan aku pn mengaruk2 kepala tak gatal mikir apa sbnr nyer 13 mei ni.. (biasa lah beb..dulo2 mana ada maklumat d hujung jari mcm skrg ni..mana lah aku tau masa tu 13 Mei tu apo..bdk2 skrg ada jer bnda yg dorg nk tau..googgle.. masa aku tu ntah2 yahoo pn tak wujud g) Akhirnya dgn muka kalat aku Tanya bapa aku lak.. Bla...bla...bla.. wooo bru lah aku paham 13 Mei 1969 ni rusuhan kaum tebesar... haiz..mcm soi plak kan..kahkah..

Bagi Insan2 yg TIDAK PANDAI BERSYUKUR, mereka2 ni perlu study apa tu 13 MEI 1969. Cukup2 lah mengeluarkn kenyataan yg berbaur  perkauman...Sudah2lah nk berhimpun.. (malu dow..org tgk  klu yg tgk ni Cuma org KITA takper ni seluruh dunia akn tgk kita.. tu belum tau lagik apa komen dorg ) 

Sedih aku tgk mayat bergelimpangan masa 13 MEI 1969 tu..byk tempat terbako.. tu kah yg kita nk jadik pd Malaysia skrg??? Klu sekadar nk htr memorandum pn..sorg pn bole.. bkn berat  bebenor pn kertas tu..yg penting KEINGINAN tu sampai... perlukan kita berhimpun dn berbaju kuning??? Adei  mcm kat thai lak aku rasa.. baju merah lah..baju kuning lah..byk Negara d dunia ini..punya potensi tuk MAJU dorg ada byk kelebihan..tp sesetengah rakyat memilih tuk merusuh..memporak perandakan Negara sdiri.. klu aku sbg pelancong...klu aku sbg pelabur..aku nk p ker tempat mcm tu..smestinya tak.. SO...pd rakyat MALAYSIA yg lain..korg nk ker jadik mcm tu???

Tp did lm kekalutan kita nk menghadap BERSIH 2.0 ni ada gak yg membuat lawak... kahkah.. (gelak dulu). Kwn ku ada post kat wall nyer... “PERHATIAN KEPADA PENGGUNA DIGI PD 9HB JULAI 2011 DIGI AKN MENGALAMI GANGGUAN...” aku kan pelanggan DIGI dn hati ku tertanya2 napa lak ada gangguan...aduh kaco ni.. aku pn klik lah... jeng...jeng..jeng.. 

Terus terpampang gambar.. org kuning DIGI yg kena gari...bersama2 org lain ..uikz.. adus..hampeh terkena den...yelah kan org digi kan pakai kaler kuning..9hb tu kan klu nk join bersih kena guna kaler kuning..adoiya.... 

Kat bAwah ni aku letak video ttg 13 MEI 1969..korg lihat lah sdiri...bkn lihat jak..tp hayati... KLIK SINI (nk upload video tp network ku tgh bengang so tak leh nk wat per)

~~MARA oh MARA~~

Hari ni aku berkemas2 sikit.. (sbb jiwa ku sasak melihat meja ku mcm tongkang pecah).smbil mengemas2...TERjumpa notis 14hari dr MARA... fuh..ni  yg menguji kesabaran ku dulu. 

Alkisah nya bermula begini ....jeng...jeng...jeng...

Aku abis belajar thn 2006...oleh krn aku ni org yg cukup risau klu BERHUTANG jadik ngn baiknye aku telah mengutus surat cinta kpd MARA memaklumkan yg diri ku ni masih belum kerja (siap berjanji lagik tu..akn membyr terus ansuran jika telah bekerja..hint2 lambat membayar lah ni).
Alhamdulilah.. di pertengahan 2006 aku dpt kerja ... aku mendpt kerja yg bernama GAH walhal keje kerani (wakakak), nak tau.. ‘Pegawai Pembangunan Koperasi’ (hebatkn namanya)tp alhmdulilh aku tidak menganggur lama...kerani pn ku belasah jua.. wlupn gaji ku tidak seberapa.. bila terima gaji pertama... MARA lah ku byr lebih dulu..
Pada thn 2007 Alhamdulilah yg tidak terhingga... bila aku ditawarkn keje d agensi kerajaan sbg pegawai IT, bermula keje ni aku pn dh byr bln2an MARA rm100 sebln..kdg2 klu lebih aku byr lebih.. dan pembayaran aku ni berterusan tanpa miss.. Mara ada mengirimkn surat cinta bgtau aku diberikan pengurangan bedasarkn kpd result... dr 44k tinggal 11k..alhmdulilah..

Bln Ogos, 2009... aku terima surat cinta drpd MARA..membuat kan mata ku terbuka beso.. biar betul MARA ni... dorg suh aku menjelaskn pinjaman sbyk rm8K++ giler..mana nk cekau wet..surat cinta tu bebaur ugutan klu aku tidak langsaikan aku akn d bwa ke mahkamah... org kurang jahat ni bila d dgr mau kena bwa ke mahkamah..mula sudh takut..kahkah...
Yg membuatkn aku TIDAK puas hati layanan dorg.. kita sama2 org gomen.. mcm ni kah melayan org awam..  Kebengangan terlampau ;

a)    A)  Di laman web tertera no org yg bole dihubungi.. tp Ya ALLAH..susah nya hdk diangkat...aku menunggu smpi ‘ringing’ yg terakhir... pn xdiangkat.. bila di angkat aku akan di pass ke sana sini..akhirnya perbualan tu terhenti tanpa disambut.

b)     B) Akhirnya aku menghantar mail.. 2hri lps tu berjawap..aku mmg maklumkan soal panggilan yg susah sgt nk dijawap..dan pegawai tersebut memberikn direct nombor..

c)      C) Panggilan ni pn susah sgt dijawap..bila di jwp..adui...intonasi suara tu mcm nk tak nak jak menjawap...tp memandangkn tempoh 14HARI kian dekat aku Tanya lah jugak.. Aku pn bgtau lah yg aku ni terima surat...aku bgtau gak yg aku ni tak prh miss membyr..aku bgtau gak klu nk bayar lum sum RM8k++ mmg aku tak mampu (baru 2thn keje beb...merangkak lagik beb..keta pn tarak masa tu)korg tau tak dia jwp apa... ‘ada dpt tak jadual pembyran’ aku pn menjawap takder... “awak tak byr ikut jadual” “mcm mana mau byr ikut jadual klu tidak dpt”  betui wei...aku mau dpt brp baki byran pn aku susah mau dpt apa lagik jadual. Dia ngn intonasi yg angkuh ‘awk kena byr RM1600+..’ ‘tapi’ (aku mau menjawap kena potong ckp ku na.. “takder2 kena byr abis klu tak awk kena masuk mahkamah’ masa tu ingin jak teriaki.. mare woo bkn aku xbyr...

Selesai berborak yg penuh ‘mesra’ ..aku pn beborak ngn sorg staf yg mmg pemegang loan MARA, aku menceritakn perbualan ku yg membengangkn ... tau tak dia ckp apo ‘biar betul maz, akak ni sudh dekat 15thn membyr rm100 nda prh ikut jadual pn dan nda prh pn d panggil masuk mahkamah... SEE... mcm mana dorg wat keje ni...bengang ku yg sdikit pd masa tu jadik menggunung...

Untk pengetahuan korang notis 14 hari drpd MARA ni ada juga hadith yg berbunyi  : Sabda Rasulullah SAW, jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskn hutangnya (Riwayat At-Tarmizi).. Hadith tu ok.. Cuma kerja dorg pn kena OK lah juga..  semua kena sama rata msti d ambil tindakan..tgk2 lah klu org tu xprh byr tu lah yg patut kena 14HARI notis ni org yg tak prh miss byr bole diberikan notis 14HARI bkn kan ada notis peringatan kah?? Klu org bertanya tu jawap lah dgn ceria..wlupn nda nampak mua tp intonasi tu kena lah ceria2 sikit..dgr lah dulu jgn main pintas... bkn suma org mampu byr sekaligus wlupn Cuma rm1600++k..